6 November 2009
Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar dah bulan 11. Then masuk New Year. Pastu masa akan pantas berlalu dan akhirnya tiba STPM. Risau? Siapa tak risau? Orang gila je tak risau. Muka je steady tapi hati ini tak tenang pun. Adakalanya terasa, mcm bukan budak STPM je aku nie en. Haishh. Tak tau la ape nak jadi dengan Final nie. Mcm takde harapan je. (tiada harapan pun.)
Paper Maths, MasyaAllah, rase mcm tak belajar padahal tak tido malam study. Tapi, padan muka jugak.
Siapa suruh study last minute? Siapa suruh palau keje cikgu? Siapa suruh tak suka cikgu? Siapa suruh time cikgu mengajar wat benda lain? Siapa suruh tak masuk kelas? Siapa suruh ponteng kelas? Siapa? Siapa yang harus dipersalahkan?
Diri sendiri. Padan muka.
Mungkinkah aku tak patut amik Maths? Mungkinkah mmg daripada dulu aku takde keserasian dengan Maths?
Mungkin.
Patut ke aku tukar kelas? Patut ke aku amik Akaun?
Tapi, aku dah start develop minat Physics. Chemistry juga.*kot*
Segalanya di luar jangkaan. Apa yg bakal berlaku kemudian, adalah takdir. Jangan sesiapa terasa dengan kehilangan aku kalau aku tukar kelas, sbb kita masih di sekolah yang sama. Satu je, kalau betul jadi tukar, korang support la aku. Aku perlu study untuk masa depan. Mungkin juga bukan takdir aku utk belajar subjek yg aku minat sebaliknya terpaksa memilih untuk berjaya dlm bidang yg aku mampu sahaja. Lagi satu, aku akan redha kalau keputusan yang aku buat tu, orang lain turut mengikut buat keputusan sendiri. Asal baik untuk diri sendiri dah cukup kot. Aku tak mahu bersikap tidak adil. Aku redha kot nnt, walau aku terpaksa menelan dengan pahit.
Mungkin lebih baik.
Tetapi, kalau aku memilih untuk teruskan, korang juga harus sokong aku. Terus belajar bersama dengan aku dan jangan ada sifat selfish. Sbb, aku tak suka. Kalau ada je yang start nk selfish dgn ilmu masing2, ingatlah bahawa aku turut akan balas. Sbb aku tak suka org selfish. Cuma, kalau aku cuba nk b’kerjasama dan korang taknak dengar, aku teruskan apa yg aku rasa baik utk diri aku. Tapi, bak kata org yg tgh membaca tu, ape guna kawan kan?
Mungkin lebih baik.
Aku perlu memilih dengan tepat. Semoga pilihan yg aku pilih nanti membawa kebaikan pada diri aku.
Seseorang itu kini mengajar aku bahawa aku mesti cuba berfikir positif dengan apa yang berlaku. Setiap kali aku stress, bila aku cerita, syukur sgt. Dia mampu membuat aku tersenyum. Aku gembira
Bila dapat je results paper maths, aku hanya diam. Tak mampu nk keluarkan apa-apa kenyataan.Mungkin sedang berbangga dengan results?
Mungkin.
Mental mmg dah lost, mind dah hilang. Aku nak amik STPM sbb aku taw value certificate tu besar sgt. Siapa yg taknak berjaya? Tapi keputusan yang diambil ni pun aku dah rasa cukup sukar. Ptt istikharah kot. (Mmg patut.)
Rambut pun dah semakin banyak plak gugur. Sume sbb stress. Asyik dengan stress. Tapi bila fikir positif pun asyik tak menjadi plak positifnya. Makin teruk ada ar. Yg pasti aku amat perlukan satu ketenangan di sini. Amat diperlukan. Tapi, aku masih tak jumpa di mana arahnya. Satu jalan je, yang membawa aku pun dah cukup kot. Satu je. Aku tahu STPM lambat lagi. Kononnya lah kan. Tapi sekarang, masa depan tu penting. Hari-hari aku fikir pun aku tak mampu nk tafsir. Imaginasi yang bukan main tinggi ni pun tak mampu nak tafsir. Patut ikut je flow tapi ikut flow tanpa perancangan pun satu masalah jugak. Kita merancang, Tuhan menentukan. Tanpa rancangan, apa je yg nak jadi? Masih takde usaha pun tak boleh jugak. Itulah yang difikirkan sekarang. Ape yang mmpu aku rancang tu aku cuma takut hasilnya buruk. Cukuplah dapat merasa SPM yang teruk mcm ape tu. Takkan nk pisang berbuah dua kali. Tak cukup lagi nk terima kekecewaan antara yg paling besar dah?
Mind dah lost, merewang. *speechless*
Penat. Every decision yang aku buat, ingat effect kat diri sendiri, malangnya effect kat sume orang jugak. Penting rupanya aku dalam hidup korang. Mungkin baru kali pertama aku rasa dihargai dan bukan seperti sebelum ni. Terima kasih. Namun, aku masih buntu. Aku tak jumpa jalan keluar, aku tak taw nk keluar ikut arah mana. Hilang, sesat dah. Lost. Mmg aku tak taw ape skrg ni. Motivation kalau orang nk bg sekarang pun takde guna sbb aku hanya boleh dgr tapi aku tak bley nk adapt balik sbb aku dah lost. No action sbb mmg aku taktaw nk wat pe. Dah sesat.
Menangis pun takde guna, tapi aku mmg takde perasaan luaran. Banyak bermain dengan emosi dalaman. Tapi, bila kat luar taktaw nak wat ape. Again, there’s no action.*action live ada ar* (tendang kerusi , DAM!!!!)
Ada orang nasihatkan aku, kalau orang lain mmpu amik risk tinggalkan ape yg dah ada di hadapan dia, knape bukan aku? Kawan boleh datang, tapi result gempak kena cari. Tak salah kalau aku nk amik risk dan lepaskan sebahagian ape yg dah ada depan mata aku. Mungkin surrounding akan berubah, tapi friendship tak akan berubah. Masih sama dan boleh hangout. (Tu kata2 si dia.)
Aku terpakse tinggalkan benda yg aku minat mcm aku minat chemistry, physics demi mencapai ape yg aku mmpu shj. Demi result yg lebih baik dr skrg. Melihat result maths, aku kecewa sbnrnya. Tu lah, degil. Nasihat cikgu jgn amik Maths, nk jugak amik. Skrg? Padan muka. Kecewa pun tak guna.
Mungkin lebih baik.
Aku percaya, dan aku terus percaya tanpa usaha tiada hasil. Mungkin juga masih terbuka pintu hati aku ni nak teruskan pelajaran yang dah sedia ada. Mcm aku ckp tadi, aku takut. Takut dengan diri sendiri. Takut dengan keputusan sendiri. Lagi2 kalau hasilnya buruk. Aku masih kurang dalam meletakkan kepercayaan pada diri sendiri. Bayangkanlah, kat diri sendiri pun takde kepercayaan, takkan pada org lain nk kasi lebih, kan?
Aku percaya semua orang support aku walau serendah mana pun result exam aku skrg. Aku tahu korang tetap akan sokong aku walaupun aku jadi terendah dlm class, tapi fahamkanlah perasaan aku ape rasenya bila terpaksa menghadapi keputusan seteruk ni. Kalau aku tak tunjuk sedih aku depan korang, dlm hati aku hanya Tuhan yg tahu. Aku mahu jadi kuat walaupun aku bukanlah terlalu kuat. Kadang2 goyah jugak. Namun, aku tetap insan biasa, tetap lemah.
Panjang plak aku berceramah kat sini. Terlau complex dan panjang sgt jalan kira nk solve every single problem dalam otak*mcm maths*. Org mcm aku mmg ditakdirkan mempunyai pelbagai masalah. Cuma, bezanya antara aku tunjuk atau tak. Aku kan secretive, unpredictable, tak normal(ngaku plak). Dah lama dah mengaku kot. Masih ramai tak tahu cerita disebaliknya, yang tersirat pasal aku. Masih tiada pun sebenarnya. Yg lain tu cuma tahu only 60% paling tinggi. Imagine la sendiri.
Dah, aku perlu tutup cerita. Banyak cite plak. Dah, dah, shuhhhh. *kene halau*
See ya.